Permohonan Jual Beli Tanah Bahagian Baitulmal
PROSES KERJA BAGI TUGAS MEMPROSES PERMOHONAN JUALBELI
TANAH BAHAGIAN BAITULMAL
Terima borang permohonan (Borang C), salinan dokumen sokongan dan bayaran proses sebanyak RM10.00.
-
Semak dokumen agar lengkap diisi.
-
Keluarkan resit bayaran proses.
-
Buka fail.
-
Hantar surat kepada pemohon menyatakan permohonan sedang diproses.
-
Hantar surat kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk dapatkan laporan nilaian harga semasa tanah Baitulmal beserta salinan geran tanah dan pelan tanah.
-
Hantar surat ke Pejabat Tanah Daerah berkaitan untuk dapatkan bantuan Pegawai Penempatan bagi menunjukkan lokasi sebenar tanah terlibat untuk menentukan kegunaannya.
-
Turun ke lokasi bersama Pegawai Penempatan untuk siasatan dilokasi.
-
Terima laporan penilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
-
Membayar kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yuran perkhidmatan penyediaan laporan nilaian tanah Baitulmal.
-
Hantar surat kepada pemohon minta dijelaskan bayaran yuran penyediaan laporan nilaian tanah kepada MAINPP.
-
Sediakan kertas kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP.
-
Bentangkan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan.
-
Sediakan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat MAINPP.
-
Bentangkan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah didalam Mesyuarat MAINPP untuk mendapatkan pengesahan kelulusan.
-
Keluarkan surat tawaran/makluman (jika pemohonan gagal) kepada pemohon. Bagi kes tawaran dikeluarkan, tempoh tawaran adalah selama 1 bulan berkuatkuasa dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
-
Jika bersetuju untuk terima tawaran, pemohon perlu melantik peguam untuk sediakan perjanjian jual beli.
-
Deraf perjanjian jualbeli perlu dipersetujui oleh MAINPP terlebih dahulu.
-
MAINPP menerima bayaran harga jualbeli yang ditawarkan daripada pemohon serta mengeluarkan resit.
-
Perjanjian jualbeli, Borang 14A KTN Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 (Pengecualian Cukai Setem) perlu di kemukakan oleh pemohon kepada MAINPP.
-
Dapatkan tandatangan YDP, Setiausaha dan seorang Ahli MAINPP.
-
Lekatkan cop mohor MAINPP.
-
Sediakan satu salinan untuk simpanan fail.
-
Serahkan Perjanjian Jualbeli, Borang 14A Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 yang telah di lengkapkan dan ditandatangani kepada pemohon untuk tindakan pendaftaran pindah hakmilik tanah oleh pemohon sendiri.
-
Fail ditutup.