Latarbelakang Daerah
Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U) adalah salah satu daripada 5 daerah di Pulau Pinang. Ia adalah daerah terbesar sekali dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53 km persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.
Pusat Pentadbiran Daerah S.P.U. telah berpindah dari Bandar Butterworth ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Pusat Pertadbiran Baru bagi Daerah Seberang Perai Utara ini telah dan akan menempatkan juga Jabatan Kerajaan / Agensi Negeri dan Pusat serta NGO seperti Jabatan Kerja Raya, Kompleks Sukan MPSP, Hospital Daerah, Bangunan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, PBA, Jabatan Bomba, Pusat Budi Penyayang dan lain lain.
Terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat (4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain. Parlimen Kepala Batas sendiri merangkumi 8 mukim dengan jumlah penduduk seramai 84,915 orang.
Jumlah penduduk daerah S.P.U. adalah seramai 259,823 mengikut bancian tahun 2000. Pembahagian penduduk mengikut keturunan adalah seperti berikut:
KETURUNAN | JUMLAH |
Melayu | 149,363 |
Bumiputra Lain | 470 |
Cina | 81,403 |
India | 23,095 |
Lain-lain | 595 |
Bukan warganegara | 4,897 |
Jumlah: | 259,823 |
Pentadbiran politik terbahagi kepada tiga (3) kawasan Parlimen dengan sembilan (9) kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) seperti berikut:
KAWASAN PARLIMEN | KADUN |
|
Kepala Batas (P. 041) | Penaga | (N1) |
| Bertam | (N2) |
| Pinang Tunggal | (N3) |
Tasek Gelugor (P.042) | Teluk Ayer Tawar | (N4) |
| Sungai Dua | (N5) |
| Pmtg. Berangan | (N6) |
Bagan (P.040) | Bagan Jermal | (N7) |
| Sungai Puyu | (N8) |
| Bagan Dalam | (N9) |
JENIS PERTANIAN | PERATUS |
Padi | 40.03 |
Getah | 16.92 |
Kelapa | 3.08 |
Kelapa Sawit | 19.50 |
Koko | 2.64 |
Sayur sayuran | 1.51 |
Lain lain tanaman | 16.32 |
BIL | KEMUDAHAN AWAM | JUMLAH |
1. | Masjid | 68 |
2. | Surau | 117 |
3. | Tokong Cina | 28 |
4. | Kuil Hindu | 14 |
5. | Gereja/Wad Siam | 5 |
6. | Balai Polis | 5 |
7. | Balai Bomba | 5 |
8. | Pejabat Pos | 7 |
9. | Perpustakaan Awam/Desa | 4 |
10. | Sekolah Menengah | 18 |
11. | Sekolah Rendah | 33 |
12. | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina | 17 |
13. | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil | 5 |
14. | Pusat Kesihatan | 27 |
15. | Telefon Awam | 225 |
16. | Tadika | 50 |
17. | Institut Latihan Perindustrian | 1 |
18. | Pusat Matrikulasi Pulau Pinang | 1 |
19. | Kolej Komuniti | 1 |