20 September 2011 : MAJLIS PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KE 54

20 Sept 2011 (Selasa) - Seramai 88 kakitangan telah mewakili kontijen Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara  dalam perbarisan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang Ke 54 peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 yang diadakan pada 16 September 2011.

Dalam perarakan tersebut sebanyak 100 pasukan kontinjen dari pelbagai jabatan kerajaan, pasukan berunifrom, NGO dan sektor swasta telah menyertai perarakan ini yang diadakan di Dataran Pemuda Merdeka (Padang MPSP), Butterworth, Seberang Perai Utara.

Kontijen PDT SPU telah di ketuai oleh En. Abdul Hamid Haji Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan). Semua kontijen  dalam perarakan ini berjalan megah dengan pakaian yang melambangkan agensi masing-masing berarak sejauh 1.5 kilometer  bermula dari Padang MPSP melalui Jalan Bagan Luar, Jalan Jeti Lama, Jalan Pasar dan Jalan Dato’ Haji Ahmad Said dan berakhir di Padang MPSP.  Perhimpunan dan perbarisan ulang tahun ke-54 kemerdekaan negara disambut di seluruh negara secara serentak hari ini dengan menampilkan semangat muhibah dan perpaduan yang kukuh dalam suasana meriah.

 

    

     

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib