Dasar Penghargaan Warga Emas
Sebagai salah satu jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PDTSPU turut terlibat dalam memproses pendaftaran warga emas serta menguruskan pembayaran bagi Daerah Seberang Perai Utara
LATAR BELAKANG
- Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
- Berusia 60 tahun dan ke atas;
- Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan
- Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei 2009 sehingga 8 Mac 2010.
KAEDAH PELAKSAAN
- Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang
tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.
Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia
Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac
2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga
anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.
MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG