8 Februari 2009 : Hari Keluarga KESEPADU

8 Februari 2009 : Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah Dan Tanah SPU (KESEPADU) telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kehadiran amatlah menggalakkan dimana seramai 379 orang  daripada 90 keluarga warga PDTSPU telah hadir ke sambutan Hari Keluarga tersebut.

    Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti acara Sukaneka bertempat di pantai bermula jam 4.00 petang yang melibatkan pelbagai kategori dan umur diantaranya, acara mencari gula-gula bagi kategori kanak-kanak di bawah 6 tahun, baling bola ke dalam bakul bagi kategori kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Bagi Kategori  Wanita Dewasa pula, acara baling bola ke dalam bakul dan isi air ke dalam botol menggunakan span. Bagi Kategori Lelaki Dewasa pula, acara Sepakraga Bulatan dan Bolatampar pantai telah diadakan.

    Pada sebelah malam pula, bertempat di Penang Ballroom, satu Majlis Jamuan Makan Malam juga telah diadakan bagi meraikan seluruh ahli serta keluarga KESEPADU dengan pelbagai hidangan yang lazat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya ucapan oleh pemangku YDP KESEPADU, En. Mohd. Farulizam bin Che Meh dan disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh Penasihat KESEPADU iaitu Tn. Hj. Mokhtar bin Mohd. Jait. Dalam ucapan tersebut, beliau telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK KESEPADU  dimana kerjasama dan persefahaman antara satu sama lain adalah amat penting dalam menjayakan program sebegini. Beliau juga menggalakkan agar program seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan lagi Silaturrahim diantara ahli keluarga. Disamping itu, Penasihat KESEPADU telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada  pemenang pertandingan Bowling antara kakitangan jabatan. Acara kemuncak Majlis Makan Malam ialah Cabutan Bertuah kepada semua ahli KESEPADU yang hadir.

   Jawatankuasa KESEPADU juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Hari Keluarga KESEPADU. Semoga hubungan silaturrahim ini dapat dikekal dan dipraktikkan semasa melaksanakan tugas di jabatan.

Koleksi gambar Hari Keluarga 2009

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib