8 Januari 2009 : Program Memasak Bubur Asyura Sempena Sambutan Awal Muharram 1430 H

8 Januari 2009 : Sempena menyambut Awal Muharram 1430H, warga PDTSPU telah mengadakan aktiviti masakan bubur Asyura secara bergotong-royong. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan .

Pada majlis ini sebanyak 3 kawah bubur asyura telah dimasak dan diagih-agihkan kepada semua pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara.