16 September 2008 : Majlis Penyampaian Dermasiswa Dan Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2008
16 September 2008 : Majlis Penyampaian Dermasiswa Dan Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2008 telah diadakan di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas, jam 1.00 petang. Seramai 82 orang pelajar telah menerima dermasiswa dan 355 orang terdiri daripada Miskin Tegar telah menerima bantuan. Di antara syarikat yang bermurah hati memberi sumbangan ialah Astro, The Store, Expomal International Sdn. Bhd. dan Dewina Holding Sdn. Bhd. Sumbangan telah disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.