Permohonan Kebenaran Pindahmilik dan Cagaran Tanah

Carta Alir

1.

Kebanyakan tanah yang diberimilik di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara kepada agensi/jabatan kerajaan seperti PDC, PERDA, UDA dan SSI mempunyai sekatan kepentingan seperti berikut:

 

Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipecah sempadan, pindahmilik, cagar, pajak, pajakan kecil atau dengan apa-apa urusan sekalipun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.

2.

Pemberian tanah untuk perkampongan baru dan kampong tersusun kepada orang perseorangan juga mempunyai sekatan kepentingan yang sama

KUASA MELULUSKAN
 

Penurunan kuasa diberikan kepada Pengarah Tanah dan Galian atas nasihat Jawatankuasa Tanah bagi melulus atau menolak permohonan untuk mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk memindahmilik dan mencagar tanah yang mempunyai sekatan kepentingan seperti berikut:-

 

Jenis kegunaan Jumlah cagaran yang diluluskan

 

   (a)   Tanah industri RM 20 juta ke bawah

   (b)   Tanah bangunan

           i. Kediaman RM2 juta ke bawah

          ii. Perniagaan RM4 juta ke bawah

   (c)    Tanah pertanian RM500,000 ke bawah

 

Bagi jumlah cagaran yang melebihi dari had yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan ke Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan kelulusan.

 

 

 

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib