Permohonan Jual Beli Tanah Bahagian Baitulmal

Carta Alir 1 | Carta Alir 2

 

PROSES KERJA BAGI TUGAS MEMPROSES PERMOHONAN JUALBELI 

TANAH BAHAGIAN BAITULMAL

 

Terima borang permohonan (Borang C), salinan dokumen sokongan dan bayaran proses sebanyak RM10.00.

  1. Semak dokumen agar lengkap diisi.
  2. Keluarkan resit bayaran proses.
  3. Buka fail.
  4. Hantar surat kepada pemohon menyatakan permohonan sedang diproses.
  5. Hantar surat kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk dapatkan laporan nilaian harga semasa tanah Baitulmal beserta salinan geran tanah dan pelan tanah.
  6. Hantar surat ke Pejabat Tanah Daerah berkaitan untuk dapatkan bantuan Pegawai Penempatan bagi menunjukkan lokasi sebenar tanah terlibat untuk menentukan kegunaannya.
  7. Turun ke lokasi bersama Pegawai Penempatan untuk siasatan dilokasi.
  8. Terima laporan penilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
  9. Membayar kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yuran perkhidmatan penyediaan laporan nilaian tanah Baitulmal.
  10. Hantar surat kepada pemohon minta dijelaskan bayaran yuran penyediaan laporan nilaian tanah kepada MAINPP.
  11. Sediakan kertas kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP.
  12. Bentangkan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah MAINPP untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan.
  13. Sediakan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat MAINPP.
  14. Bentangkan laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hartanah didalam Mesyuarat MAINPP untuk mendapatkan pengesahan kelulusan.
  15. Keluarkan surat tawaran/makluman (jika pemohonan gagal) kepada pemohon. Bagi kes tawaran dikeluarkan, tempoh tawaran adalah selama 1 bulan berkuatkuasa dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
  16. Jika bersetuju untuk terima tawaran, pemohon perlu melantik peguam untuk sediakan perjanjian jual beli.
  17. Deraf perjanjian jualbeli perlu dipersetujui oleh MAINPP terlebih dahulu.
  18. MAINPP menerima bayaran harga jualbeli yang ditawarkan daripada pemohon serta mengeluarkan resit.
  19. Perjanjian jualbeli, Borang 14A KTN Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 (Pengecualian Cukai Setem) perlu di kemukakan oleh pemohon kepada MAINPP.
  20. Dapatkan tandatangan YDP, Setiausaha dan seorang Ahli MAINPP.
  21. Lekatkan cop mohor MAINPP.
  22. Sediakan satu salinan untuk simpanan fail.
  23. Serahkan Perjanjian Jualbeli, Borang 14A Pindah Hakmilik Tanah dan Borang PDS 15 yang telah di lengkapkan dan ditandatangani kepada pemohon untuk tindakan pendaftaran pindah hakmilik tanah oleh pemohon sendiri.
  24. Fail ditutup.

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib