Piagam : Bahagian Pembangunan
1. |
PERANCANGAN SASARAN PERLAKSANAAN |
|
Melaksanakan Projek-projek Kecil Pembangunan sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah peruntukan Persekutuan dan Negeri yang diterima. |
2. |
PERAKUAN CADANGAN PROJEK |
|
Memperakukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri senarai cadangan projek yang diterima daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam masa 2 minggu dari tarikh senarai cadangan diterima. |
3. |
PENGELUARAN INDEN KERJA/PESANAN KERAJAAN SECARA SEBUHARGA |
|
Mengeluarkan Inden Kerja/Pesanan Kerajaan kepada kontraktor dalam masa 4 minggu selepas menerima Surat Kuasa. |
4. |
PENGELUARAN INDEN KERJA/PESANAN KERAJAAN SECARA LANTIKAN TERUS |
|
Mengeluarkan Inden Kerja/Pesanan Kerajaan kepada kontraktor dalam masa 4 minggu selepas menerima Surat Kuasa. |
5. |
PENGESAHAN SIAP PROJEK |
|
Mengesahkan projek yang telah disiapkan dalam masa 2 minggu selepas projek disiapkan oleh kontraktor. |
6. |
PEMBAYARAN |
|
Menyedia dan mengemukakan baucer bayaran kepada Pejabat Pembangunan Negeri dalam masa 1 minggu selepas menerima tuntutan bayaran yang lengkap daripada kontraktor. |
7. |
PEMBETULAN KECACATAN |
|
Menilai kecacatan dan mengarahkan kontraktor membuat pembaikan dalam tempoh 1 minggu selepas aduan diterima. |