Pengenalan

Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara beroperasi di Pusat Pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara. Sebelum ini, Pusat Pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara beroperasi di bandar Butterworth sebelum berpindah ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996.

Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara bertanggungjawab menyelaras, menentukan serta melaksanakan polisi, program dan aktiviti kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai.

Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara dibahagikan Kepada 5  bahagian  iaitu :

(i)

Pejabat Pegawai Daerah

(ii)

Bahagian Khidmat Pengurusan

(iii)

Bahagian Pembangunan

(iv)

Bahagian Pengurusan Tanah

(v)

Bahagian Perundangan


Di dalam Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat (4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain.

 

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib