Pantai Kamloon
Pantai Kamloon Sepintas Lalu
Pantai Kamloon terletak dalam kawasan Kepala Batas, berhampiran dengan projek Lebuh Raya Utara Selatan yang bersempadan dengan Negeri Kedah Darul Aman.
Kemudahan Yang Ada(i) Kawasan jogging Track - 5.5 ekar
(ii) Kawasan Riadah dan memancing 40.0 ekar
(iii) Kawasan Lanskap dan jogging track yang meyediakan laluan sepanjang 180 meter termasuk:-
disediakan bangku taman di sepanjang jogging track sebanyak 9 buah.
tempat letak kereta yang dikhaskan di kawasan lanskap dan jogging track sebanyak 26 petak dan 10 petak untuk motosikal.
Kawasan lanskap dan jogging track akan dihiasi dengan garden light sebanyak 18 unit.
Kawasan Riadah
Laluan pejalan kaki (boardwalk) sepanjang 1800m yang menghubungkan wakaf dan pelantar memancing. Di sepanjang laluan ini akan diterangi dengan decorative lights.
Kompenan Pembangunan Fizikal
(i) Pelantar Memancing
Pelantar Memancing disediakan sebanyak 4 buah dengan keluasan 40.6 m.p.(4.060m x 10.00 m) yang berbumbung.
(ii) Wakaf "A"
Disediakan sebanyak 3 buah.
(iii) Wakaf "B"
Disediakan juga sebanyak 3 buah.
Dataran Letak kereta
Keluasan dataran ialah 400m p. dengan kemudahan laluan keluar masuk.
Bangunan Utiliti
(i) Bangunan utiliti disediakan untuk kemudahan pengunjung ke taman rekreasi ini. Kemudahan disediakan seperti berikut:-
Tandas Lelaki dan Wanita.
Bilik mandi dan Persalinan.
Kaunter Bayaran dan Setor.