w3c home blueredorang
rss 1363764834 social facebook box blue
green blue
Print

District Background

Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U) adalah salah satu daripada 5 daerah di Pulau Pinang. Ia adalah daerah terbesar sekali dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53 km persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.

Pusat Pentadbiran Daerah S.P.U. telah berpindah dari Bandar Butterworth ke Pusat Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Pusat Pertadbiran Baru bagi Daerah Seberang Perai Utara ini telah dan akan menempatkan juga Jabatan Kerajaan / Agensi Negeri dan Pusat serta NGO seperti Jabatan Kerja Raya, Kompleks Sukan MPSP, Hospital Daerah, Bangunan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, PBA, Jabatan Bomba, Pusat Budi Penyayang dan lain lain.

Terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat (4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain. Parlimen Kepala Batas sendiri merangkumi 8 mukim dengan jumlah penduduk seramai 84,915 orang.

Jumlah penduduk daerah S.P.U. adalah seramai 259,823 mengikut bancian tahun 2000.  Pembahagian penduduk mengikut keturunan adalah seperti berikut:

KETURUNAN

JUMLAH

Melayu

 149,363

Bumiputra Lain

470

Cina

81,403

India

23,095

Lain-lain

595

Bukan warganegara

4,897

Jumlah:

259,823


Pentadbiran politik terbahagi kepada tiga (3) kawasan Parlimen dengan sembilan (9) kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) seperti berikut:

 KAWASAN PARLIMEN

 KADUN

 

 Kepala Batas (P. 041)

 Penaga

 (N1)

 

 Bertam

 (N2)

 

 Pinang Tunggal

 (N3)

 Tasek Gelugor (P.042)

 Teluk Ayer Tawar

 (N4)

 

 Sungai Dua

 (N5)

 

 Pmtg. Berangan

 (N6)

 Bagan (P.040)

 Bagan Jermal

 (N7)

 

 Sungai Puyu

 (N8)

 

 Bagan Dalam

 (N9)

Pada dasarnya pertanian merupakan punca guna tanah utama bagi daerah S.P.U. Ini terbukti dengan 69.88% (18,580 hektar persegi) kawasan diusahakan untuk pertanian. Aktiviti pertanian utama adalah seperti berikut:

 JENIS PERTANIAN

 PERATUS

 Padi

 40.03 

 Getah

 16.92

 Kelapa

 3.08

 Kelapa Sawit

 19.50

 Koko

 2.64

 Sayur sayuran

 1.51

 Lain lain tanaman

 16.32

Dari segi lokasi, kedudukan S.P.U. sangat strategik bersempadankan kawasan pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah.   Dalam pada itu, Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga (IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Dua kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan dan Butterworth - Kulim Expresway (BKE) menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.
Pada dasarnya kemudahan air dan elektrik daerah SPU telah mencapai tahap 95% dengan sebilangan kecil kawasan sahaja masih belum dibekalkan dengan bekalan air kerana masalah pemilikan tanah.  Kemudahan Jalanraya adalah memuaskan di mana kawasan- kawasan perkampungan telah dihubungi melalui rangkaian jalan minitar di bawah program Projek Jalan Kampung.
Terdapat juga kemudahan institusi latihan di daerah ini seperti Pusat Produktiviti Negara (NPC) Bertam, Kepala Batas, Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Butterworth, Pusat Latihan Bumbung Lima, Pusat Penyelidikan Pertanian (MARDI) Paya Keladi, Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta lain lain institusi latihan Kerajaan dan Swasta.
Berikut merupakan kemudahan awam yang telah disediakan di daerah Seberang Perai Utara  bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di daerah ini.

 

BIL 

KEMUDAHAN AWAM 

JUMLAH 

1.

Masjid

68

2.

Surau

117

3.

Tokong Cina

28

4.

Kuil Hindu

14

5.

Gereja/Wad Siam

5

6.

Balai Polis

5

7.

Balai Bomba

5

8.

Pejabat Pos

7

9.

Perpustakaan Awam/Desa

4

10.

Sekolah Menengah

18

11.

Sekolah Rendah

33

12.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

17

13.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

5

14.

Pusat Kesihatan

27

15.

Telefon Awam

225

16.

Tadika

50

17.

Institut Latihan Perindustrian

1

18.

Pusat Matrikulasi Pulau Pinang

1

19.

Kolej Komuniti

1

 

 

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • msc
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib