Perutusan Pegawai Daerah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

do

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Utara.

Sebagai sebuah jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, antara tugas utama Pejabat Daerah dan Tanah adalah untuk membantu agensi-agensi kerajaan, NGO serta orang perseorangan yang berurusan sepenuhnya dengan pentadbiran ini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudahcara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai,  Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat penting yang telah dan akan dilaksanakan oleh Pentadbiran ini.   Dengan pewujudan lama web ini,  ianya dapat dikongsi bersama demi kepentingan masyarakat yang lebih bermaklumat dan berpengetahuan mengenai perkembangan semasa khasnya dalam pentadbiran ini.

Selaras dengan itu dan juga dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan oleh jabatan-jabatan kerajaan, beberapa kemudahan maklumat telah disediakan oleh pentadbiran ini melalui laman web http://spu.penang.gov.my. 

Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua secara berterusan serta mengemaskini maklumat supaya sentiasa terkini.  Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.

Sekian,  wassalam

" KE ARAH DAERAH YANG MAJU, MENARIK DAN HARMONI "

[ MARLIA BINTI MOHD. BELIA] 
Pegawai Daerah,
Seberang Perai Utara.

emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh : 18 April 2015

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib