Dasar Penghargaan Warga Emas

Sebagai salah satu jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PDTSPU turut terlibat dalam memproses pendaftaran warga emas  serta menguruskan pembayaran bagi Daerah Seberang Perai Utara 

 LATAR BELAKANG

  • Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

SYARAT KELAYAKAN

  • Berusia 60 tahun dan ke atas;
  • Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan
  • Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei 2009 sehingga 8 Mac 2010.

KAEDAH PELAKSAAN

  • Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100

       Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang 
       tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.
 

Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia

       Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac
        2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga
        anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.

MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG

 mekanisma pengumpulan data

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib