Hari Tanpa Beg Plastik

LATAR BELAKANG 

  • Kempen ini dilancarkan pada 6 julai 2009 sebagai salah satu usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau disamping meningkatkan kesedaran penduduk negeri ini berhubung kepentingasn menjaga alam sekitar.

PELAKSANAAN

  • Program ini diadakan pada setiap hari Isnin bermula 6 Julai 2009. Pelanggan digalakkan membawa beg mereka sendiri pada hari Isnin. Pelanggan yang memerlukan beg plastik akan dikenakan caj sebanyak RM0.20 yang akan disalurkan kepada ' Rakan Anti Kemiskinan'.
  • Pada peringkat awal, sehingga 30 september 2009, sebanyak 580,000 telah dikurangkan melalui pasaraya yang terlibat. RM8,783 juga berjaya dikutip hasil daripada penjualan beg plastik pada hari-hari tersebut.
  • Terkini, melalui data yang dikumpul daripada 45 supermarket, hypermarket dan kedai, dianggarkan rakyat negeri ini telah berjaya mengurangkan lebih 1 juta penggunaan beg plastik dalam tempoh masa 4 bulan. Ini menunjukkan bahawa program ini telah berjaya meningkatkan kesedaran betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam memelihara alam sekitar.
  • Setelah membuat pertimbangan Kerajaan Negeri memutuskan untuk menambahkan lagi Hari Tanpa Beg Plastik kepada 3 hari dalam seminggu mulai 1 Jan 2010 iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Permintaan untuk beg plastik tetap dikenakan caj sebanyak RM0.20 setiap satu.
  • Bagi memenuhi hasrat tersebut, bermula Januari tahun depan, kesemua supermarket, hypermarket dan minimarket dikenakan syarat tambahan supaya memenuhi Hari Tanpa Beg Plastik untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Semua kedai runcit juga dikehendaki terlibat dalam program ini tetapi hanya untuk satu hari dalam seminggu iaitu pada hari Isnin.

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib