BIL | URUSAN |
1. | Memproses dan mengemukakan permohonan rayuan pengurangan cukai tanah kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menyampaikan keputusan rayuan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh surat keputusan diterima.
|
2. | Semua bil cukai tanah tahunan dikeluarkan selewat-lewatnya sebelum berakhir bulan Januari pada setiap tahun.
|
3. | Semua resit bayaran bagi cek dan wang pos yang dikemukakan melalui pos disampaikan kepada pembayar cukai dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerimaannya.
|
4. | Semua proses urusniaga dan bukan urusniaga yang melibatkan pendaftaran, pindah milik tanah, memasuk dan menarik kaveat, gadaian dan melepaskan gadaian serta perletakan hak akan disempurnakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
5. | Semua permohonan carian dan mendapatkan salinan hakmilik diproses serta merta.
|
6. | Memproses dan mengemukakan permohonan pecah sempadan/pecah bahagian kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
7. | Memproses dan mengemukakan permohonan penyatuan tanah kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
8. | Memproses dan mengemukakan permohonan mengeluarkan kawasan taliair yang diwartakan kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 3 bulan dari permohonan lengkap diterima.
|
9. | Memproses dan mengemukakan permohonan tukar syarat kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
10. | Memproses permohonan lelongan bagi mendapatkan tarikh siasatan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
11. | Memproses dan mengemukakan permohonan pengambilan tanah dalam tempoh 12 bulan dari permohonan lengkap diterima.
|
12. | Menyedia dan mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
13. | Memproses permohonan serah dan berimilik di bawah Seksyen 197 dan Seksyen 204 D (KTN) dalam tempoh 3 bulan kepada Jawatankuasa Tanah dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
14. | Menyedia dan mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|
15. | Memproses permohonan kerja tanah, kebenaran merancang dan ulasan pelan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
|