2 April 2009: Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Pengerusi JKKK Daerah SPU bagi sesi 2009 - 2010

2 April 2009: Satu majlis penyerahan sijil perlantikan Pengerusi JKKK Daerah Seberang Perai Utara bagi sesi 2009 - 2010 telahpun berlangsung di Bilik Gerakan Perdana, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Thanasekaran a/l Autherapady (ADUN Bagan Dalam).


Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Y.B. Tuan Lim Hock Seng (ADUN Bagan Jermal), Tn. Hj. Muhammad Yusoff bin Wazir (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang), Tn. Hj. Mokhtar bin Mhd Jait (Pegawai Daerah SPU) serta penghulu-penghulu dan kakitangan PDTSPU. Seramai 35 orang  Pengerusi JKKK dijemput hadir ke majlis tersebut bagi menerima watikah perlantikan yang telah disampaikan oleh Y.B. Thanasekaran.


Majlis tamat pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan jamuan teh.

 

Gambar Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan JKKK SPU (Album Majlis)

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib