Soalan Lazim

1.

Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

 

   

 2.

Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

 

Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

 

   

3.

Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

 

Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru ( menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

 

   
 4. Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?
  Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan. 
   
5. Bagaimanakah cara untuk membuat pindahmilik tanah?
  Pindahmilik tanah dengan melengkapkan Borang 14A berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan pemberi dan penerima pindahmilik, surat kebenaran dari kaveator(jika ada) atau Pihak Berkuasa Negeri, Borang PDS 14 dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan resit/ bukti pembayarannya secukupnya, Memorandum and Articlesof Association, Director Resolution
   
 6. Berapakah jumlah fee yang dikenakan untuk sesuatu urusan pendaftaran

 

Kadar bayaran fee untuk urusan pendaftaran sesuatu urusniaga dan bukan urusniaga.

 

 Urusniaga

 

BIL

URUSNIAGA

FEE /BAYARAN PENDAFTARAN

1

Pindah Milik Tanah Kurang dari 25,000
25,001 – 50,000
50,001 – 100,000
100,001 – 200,000
200,001 – 300,000
300,001 – 400,000
400,001 – 500,000
500,001 – 600,000
600,001 – 700,000
700,001 – 800,000
800,001 – 900,000
900,001 – 1,000,000
melebihi 1,000,000

50.00
75.00
125.00
250.00
375.00
500.00
625.00
750.00
875.00
1,000.00
1,125.00
1,250.00
Baki x 0.5%

2 Gadaian 100.00 / lot
30.00 / dokumen
3 Melepaskan Gadaian 100.00 / lot
30.00 / dokumen
4 Perintah jual oleh Pentadbir/ mahkamah 100.00 / lot
Bukan Urusniaga

 

 Bukan Urusniaga

 

BIL

BUKAN URUSNIAGA

FEE /BAYARAN PENDAFTARAN

1

Memasukan Kaveat Persendirian

150.00 / lot
30.00 / dokumen

2 Menarik balik kaveat 100.00 / lot
30.00 / dokumen
3 Perletakhakkan(vesting order)
Perintah mahkamah
Surat sumpah (perubahan nama)
Tukar nama
50.00 / lot
4 Pendaftaran perintah pesaka 20.00 / lot

 

 

 

7.

Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?

  Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip.
   
8. Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu?
  Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .
   
9. Bolehkah permohonan pembangunan tanah dibuat sekiranya tarikh sah Perintah Pembangunan telah luput?
  Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.



 

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib