w3c home blueredorang
rss 1363764834 social facebook box blue
green blue
Print

Permohonan Pendudukan Sementara (TOL)

Carta Alir

1.         Pendahuluan

1.1

Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara adalah salah satu daripada cara-cara kerajaan melupuskan tanah. LPS hanya boleh dikeluarkan ke atas tanah-tanah berikut:-

 

a) Tanah Kerajaan

 

b) Tanah lombong yang tidak lagi digunakan bagi maksud perlombongan

 

c) Tanah rezab yang tidak digunakan bagi maksud ianya dirizabkan.

 

1.2 Peruntukan-peruntukan yang berkaitan ialah Seksyen 65 / 69 KTN.

2.         Ciri-Ciri Utama/Perkara-Perkara Penting

2.1 

LPS tidak boleh dikeluarkan ke atas tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984.

2.2

Satu LPS hanya boleh dikeluarkan kepada satu orang atau agensi/ perbadanan/syarikat dan sebagainya.

2.3

LPS tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan mengeluarkan bahan-bahan perhutanan dan bahan-bahan mineral/galian.

2.4

LPS yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

 

a) Tiap-tiap LPS yang dikeluarkan akan tamat tempoh pada penghujung tiap-tiap tahun. Walau bagaimanapun, lesen boleh ditamatkan lebih awal jika pemegangnya melanggar syarat-syarat LPS yang ditetapkan atau ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

 

b) Ianya hanya boleh digunakan bagi maksud yang dinyatakan dalam LPS sahaja.

 

c) Ianya tidak boleh digunakan untuk mendirikan bangunan/struktur kekal.

 

d) Ianya boleh diperbaharui tiap-tiap tahun, tetapi terhad sehingga tiga kali pembaharuan

 

e) Ianya tidak boleh berpindah milik

 

f) Ianya akan tamat apabila pemegang LPS meninggal dunia atau badan yang berkenaan dibubarkan.

 

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • msc
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm