Permohonan Tukar Kategori Penggunaan Tanah

Carta Alir

TUKAR JENIS PENGGUNAAN TANAH

1. Pendahuluan

 

1.1

Seksyen 124, Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa tuan tanah boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah atau mengenakan jenis penggunaan tanah.

 

 

1.2

Tanah-tanah yang diberi milik di bawah undang-undang terdahulu, iaitu sebelum 1.1.1966, tidak mempunyai jenis penggunaan tanah. Penggunaan tanah-tanah ini dikawal melalui peruntukan Seksyen 53(2) dan 53(3) Kanun Tanah Negara.

 

 

1.3

Bagi tanah-tanah Geran First Grade, tidak perlu tindakan di bawah Seksyen 124, Kanun Tanah Negara sekiranya hendak dimajukan. Mengikut pemberitahuan undang-undang 478 (Legal Notification 478) (dikeluarkan di bawah Seksyen 439, Kanun Tanah Negara) menyatakan bahawa tanah-tanah Geran First Grade tidak tertakluk kepada Seksyen 53 Kanun Tanah Negara, iaitu tanah-tanah ini tidak mempunyai jenis penggunaan tanah.

 

2. Ciri-Ciri Utama/Perkara-Perkara Penting

 

2.1

Tukar jenis penggunaan tanah bermaksud mengubah penggunaan tanah bagi membolehkannya digunakan selain daripada jenis penggunaan sekarang, umpamanya pertanian kepada bangunan.

 

2.2

Tukar jenis penggunaan tanah adalah untuk keseluruhan lot dan bukannya sebahagian tanah.

 

2.3

Permohonan hendaklah dibuat oleh tuan tanah berdaftar atau pihak-pihak lain yang diberi kuasa olehnya.

 

2.4

Pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah itu memberi persetujuan ke atas permohonan tersebut.

 

2.5

Cukai tanah bagi tanah berkenaan telah dijelaskan sepenuhnya.

 

2.6

Permohonan untuk tukar syarat tanah dan mengeluarkan daripada kawasan tanah bukit yang diwartakan boleh dibuat serentak di dalam satu permohonan yang sama.

QR CODE

spu

IMBAS QR CODE UNTUK MELAYARI LAMAN WEB RASMI MENERUSI MOBILE

  • logo
  • jpa
  • hrmas
  • etanah
  • insun
  • govern
  • jkptg
  • mampu
  • tuju
  • 15888
  • bpa
  • sprm
  • arkib